Notis ini dikeluarkan oleh pasukan perunding takaful KL Evo-X Nizzman WZS, diketuai oleh Wan Zarith Sofia, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Nama, umur, jantina, status merokok, negeri, bajet bulanan, pelan yang diminati dan maklumat lain yang anda isi dalam borang sebut harga atau borang menyertai pasukan, atau hantar melalui WhatsApp.
Untuk menyediakan sebut harga dan cadangan pelan takaful, membalas pertanyaan, menghubungkan anda dengan perunding di negeri anda, dan menguruskan permohonan menyertai pasukan. Kami juga mengira bilangan lawatan dan klik pada laman web (tanpa nama) untuk menambah baik perkhidmatan.
Data anda hanya digunakan oleh perunding KL Evo-X yang melayan pertanyaan anda dan, jika anda memohon pelan, diserahkan kepada AIA Public Takaful Bhd. untuk proses permohonan. Kami tidak menjual atau berkongsi data anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam data anda, atau berhenti menerima mesej daripada kami, pada bila-bila masa.
KL Evo-X Nizzman WZS
Ketua pasukan: Wan Zarith Sofia
WhatsApp: 010-953 5105
Dikemas kini: 20 November 2026